Monday, January 18, 2010

Pembentukan AJK program WOWEES 2010

Assalamualaikum :)

Disini ingin diumumkan bahawa kami akan membentuk AJK baru untuk program WOWEES 2010.Saya dengan berbesar hati ingin mengajak anda semua turut melibatkan diri dalam program ini dengan menjadi sukarelawan dalam program ini.

Berikut merupakan jawatan-jawatan yang diperlukan untuk diisi kepada mereka yang berminat:-


Organisasi
Pengarah :
Setiausaha :
Bendahari :

Pengarah module :
AJK module :
Ketua fasi :
AJK multimedia :
AJK persediaan bahan :

Pengarah teknikaliti :
AJK persiapan tempat :
AJK makanan :
AJK penginapan :
AJK sound system :
AJK pengangkutan :

Jika ada diantara anda semua yang sukarela untuk mengisi mana-mana jawatan diatas atau ingin mencadangkan nama sila emailkan kepada baiahgathering@ymail.com
Jika ada yang berminat sila emailkan butir-butir peribadi anda:-

Nama:
Batch tahun ke:
Pelajar atau bekerja:
Tempat belajar atau bekerja :
Jawatan yang ingin dipohon :
Email dan No.telifon untuk dihubungi :

*Butir-butir peribadi anda akan dirahsiakan

Segala update terkini mengenai Wowees tahun ini,dapat diikuti melalui YG sains_shah_pekan (Link ke YG ada disebelah)

Wassalam...

Sunday, January 17, 2010

Jangan Tiru Inche' Zuljaushan!!

Bismillah.
Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian daripada sahabat kita yang boleh dijadikan teladan.

Sapa dia Zuljaushan ni..?

Haaa...

Nama pun dah ala-ala menarik dan tertarik kan...?

Lets see...

Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW. Nama penuhnya seperti dalam IC adalah Zuljaushan al-Dhabbabiy. Untuk memudahkan urusan tulis-menulis dan ingat-mengingat, kita akan panggil dia Zuljaushan sahaja.

Eh, kalau dia sahabat Nabi SAW, kenapa saya cakap jangan jadi macam dia..? Anda bertanya. Bukankah kita kena sentiasa mencontohi dan mengikuti para sahabat Nabi SAW? Anda bertanya lagi.

Haaa, bukan semua sahabat Nabi SAW yang perlu kita contohi. Gelaran sahabat ni diberikan kepada setiap orang Muslim di zaman Nabi SAW, yang pernah berjumpa dengan baginda SAW. Jadi, tak semestinya semua orang yang pernah kenal dan jumpa Nabi SAW ketika itu adalah qudwah hasanah yang perlu kita ikuti.

Apa yang menarik sangat pasal Zuljaushan ni..? Kenapa tak boleh jadi macam dia?

Kisahnya begini...

Selepas Perang Badar, Nabi SAW datang berjumpa dengan Zuljaushan ni dengan niat untuk mengajaknya kepada Islam. Obviously la Zuljaushan masih belum memeluk Islam ketika tu. Tapi Nabi SAW tidak terus mengajaknya kepada Islam. As in, Nabi SAW takde la tanya,

"Adakah kamu mahu memeluk Islam?"

atau

"Jom peluk Islam..??"

dan bukan juga...

"Islam pasti menang suatu hari nanti dan Islam adalah agama yang benar. Kamu berminat?"

Tidak. Tetapi Nabi SAW menggunakan taktik yang lebih licik, menarik dan bijak sekali. Nabi SAW bertanya kepada Zuljaushan,

"Mahukah kamu menjadi salah seorang di kalangan orang-orang yang pertama?"

Sangat menarik sebenarnya sekiranya kita memikirkan dengan mendalam mengapa Nabi SAW bertanya sedemikian rupa dan bukannya dengan pertanyaan-pertanya an yang lain.

Fikirkan... Antara kita semua ni, berapa ramai yang suka dan kalau boleh, sentiasa nak jadi orang yang pertama...? Tak kiralah dalam hal apa pun.

Dalam peperiksaan akhir tahun darjah tiga ke...

Atau dalam pertandingan lari dalam guni ketika tadika ke...

Atau ketika nak beratur buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara ke...

Atau ketika berebut-rebut untuk membeli belah ketika Boxing Day untuk mendapatkan kasut saiz 9 yang limited edition ke...

Atau ketika bangun pagi dan berlari ke jamban dan bilik air sewaktu di asrama dahulu...

Anda pasti dan sentiasa suka untuk menjadi yang pertama. Betul tak..? Memang fitrah dan sunnatullah manusia tu, sangat suka dan menanam cita-cita untuk sentiasa berada di depan dan menjadi yang utama dan teratas. Kalau tidak boleh dalam segala hal dan segi, at least adalah some areas yang mereka boleh jadi yang pertama.

So Nabi SAW, seorang super-murabbi yang sangat kenal dan arif akan perilaku dan sifat seorang manusia tu, menggunakan strategi mengetuk hati yang sangat hebat sebenarnya. Bagaimana baginda SAW, ketika berjumpa dengan seorang manusia yang masih belum mengenal Islam, menggunakan kaedah yang cukup lembut dan 'basah' untuk menyentuh hatinya dengan harapan Zuljaushan akan tertarik dengan pelawaan itu.

Malangnya, Zuljaushan tidak mahu menjadi di kalangan orang yang pertama dalam menegakkan Islam. Malah, dia menjawab,

"Tidak, aku akan lihat dahulu. Sekiranya kau menang, aku akan ikut. Tapi sekiranya kau kalah, aku tidak akan mendapat apa-apa musibah"

Aduhai malangnya Zuljaushan.. . Sekiranya dia dapat melihat masa depan dan dapat melihat kemenangan agung Islam suatu hari nanti, sudah pasti di saat itu juga dia akan menerima pelawaan Nabi SAW itu.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhannu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat."
Surah an-Nasr, 109:1-3

Dan apa yang berlaku selepas itu...? Haa... Selepas pembukaan kota Mekah, Zuljaushan datang berjumpa Nabi SAW dan terus mengucapkan syahadah, bagi menyatakan keIslamannya.

Tetapi ketika itu Islam sudah menang. Sudah ribuan orang memeluk Islam seperti Zuljaushan. Maka, tiada apa yang istimewanya dengan pengIslaman Zuljaushan. Dia sama sahaja seperti ribuan orang yang lain.

Samakah orang yang memeluk Islam lebih awal dengan yang terkemudian. .? Tidak.

Samakah orang yang bersama-sama Nabi SAW, bertungkus-lumus mempertahan agama Allah daripada dirobek dan dihancurkan dengan orang yang bersama Nabi SAW hanya ketika Islam sudah berada di puncaknya..? Tidak.

Dan adakah sama as-Saabiqun al-Awwalun dengan as-Saabiqun al-Akhirun.. .? Sudah semestinya tidak.

Diceritakan juga bagaimana Zuljaushan, ketika hendak berjumpa Nabi SAW dilihat menggigit jari-jemarinya tanda penyesalan yang amat kerana menolak pelawaan Nabi SAW untuk menjadi dalam kalangan yang pertama sewaktu ketika dahulu.

Ops... Minta maaf. Nasi sudah menjadi bubur!

So kita macam mana..? Mahukah kita menjadi seperti Zuljaushan.. ? Sudah tentu tidak.

Tapi sedar tak sedar, ramai antara kita yang sebenarnya dalam proses menjadi seperti Zuljaushan; dengan menolak pelawaan untuk meyebarkan agama Allah ketika mana Islam berada di tempat yang hina dan lemah, tetapi pantas menyertai kenderaan dakwah seandainya Islam itu berada di puncak. Tidak mahu bersusah payah berpenat lelah, hanya mahu bersenang-lenang, duduk di sofa yang empuk sambil minum teh o' ais limau dan makan karipap panas.

Ramai antara kita yang segan dan berasa berat untuk menaiki keretapi yang sudah berhenti di depan mata, dengan harapan masih banyak lagi keretapi yang akan tiba nanti. Tapi bagaimana kalau keretapi yang berhenti di depan mata adalah keretapi yang terakhir? Tidak ada lagi keretapi yang akan berhenti selepas ini..? Ingat! Keretapi akan tetap tiba di destinasi, sama ada kita menaikinya atau tidak! Tetapi rugilah kita kalau keretapi tiba di destinasi tanpa kita di dalamnya..! Lagi rugilah kita seandainya keretapi yang berlalu pergi di depan mata adalah keretapi yang terakhir, tidak ada lagi selepasnya!

Ayuh! Marilah kita melaksanakan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini! Jom kita lasso keluarga kita, kawan-kawan kita dan orang-orang yang dekat dengan kita untuk bersama-sama menegakkan agama Allah. Jangan sampai Allah menggantikan kita dengan kaum yang lain, kerana kita semua nak jadi macam Zuljaushan! Wal i'ya dzubillah..

"Dan Alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang yang yakin."
Surah as-Sajadah, 32:12

Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!

Jom kita jadi golongan yang pertama!

Jangan jadi seperti Zuljaushan.. .!

Allahu 'alam.

Friday, January 15, 2010

Muhasabah

Assalamualaikum.

Sepi.

Apa khabar ya semua agaknya? Sudah sekian lama kita menyepi dari laman ini. Ya, mungkin kerana kita telah terpisah jauh. Sekian banyak rantau diterokai, jinjang pelamin ada yang hampir jejaki, perlbagai negara telah dimampiri. Tugas dan tanggungjawab yang harus dilangsai pun mula menyelimuti. Mungkin itulah sebab, blog ini semakin sepi. Juga, YG kita mengalami nasib sama.

Jadi bukankah memakmurkan laman kita ini juga tanggungjawab kita?

Muhasabah sebentar.

Ya, 'tuliskan' prĂ©cis diri. Sempena program Wowwes yang akan kita datangi nanti, penting bagi kita bermuhasabah. Atas hidup kita. Atas program-program yang telah berlalu. Bukan saja untuk pembaikpulihan program kita nanti, tetapi penambahbaikan diri juga. Dalam kata lain, saya mengajak semua melakukan tazkiyyatunnafs. Pembersihan diri. Bukankah orang yang membersihkan hati itu mereka yang beruntung?

Tenung kata-kata Allah dalam As-Syams. Dan, rugilah orang yang mengotorkan dirinya!



Semoga, sepi ini bukan sepi yang kosong semata. Sepi ini biar satu diam demi mengumpul tenaga, ilmu, dan fikrah. Tapi, jangan lama-lama, takut dianggap kita melepaskan tanggungjawab diri!

Dan kemudian, keluarlah jadi senapati yang teguh memimpin di medan Wowwes nanti! :)

Selamat tahun baru, selamat bermuhasabah.

P.S.: Please keep updating both our blog and YG. Dan sumbangan idea adalah amat diperlukan.

Tuesday, September 1, 2009

WOWEES!



WoWeeS tak lama lagi! Mari meriahkan!

Facebook event page : WoWeeS



Sunday, August 16, 2009

We wanna ur Help!



Bismillah.

Halo there!
Here we comes...
From east to west, north to south,
We gather together for a while to bring you all our....

WOOWEES
Wonderful Weekend@SHAH
11~13 Sept. 2009


But...
we have some problems as we have not enough facilitators to help out
So...
We wanna call all-exSHAHians out there to come with us
for this programme...
If u still love SHAH...

Dont hesitate to join us...
Lets rebuild our spirit in SHAH...

Friday, July 31, 2009

Calling out there~

Bismillah...
Assalamualaikum...

Sebelum saya memulakan bicara, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kejayaan 'misi' pertama kita yakni menghantar proposal untuk mengadakan program Ihya' Ramadhan.
Alhamdulillah, maklumbalas yang kami dapat daripada guru-guru SHAH amatlah baik.
Rata-rata guru yang saya jumpa mengucapkan terima kasih atas usaha kita yang murni itu. Namun target group program ini amatlah memerlukan perhatian , tatkala mereka memang sukar didekati dan guru juga telah mengklasifikasikan sebahagian pelajar SHAH sebagai 'HARDCORE'. Seharian kami di sana, apa yang kami dapat simpulkan mengenai keadaan sekolah sekarang ialah "kritikal".

Sehubungan itu, malam ini (3hb Ogos 2009 jam 11 malam waktu Malaysia) saya ingin mengundang sahabat-sahabat saya yang tidak mempunyai commitment yang lain yang sudi untuk bersama-sama membincangkan jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan menyertai conference di yahoomessenger (moderator: baiahgathering@ymail.com).
Pada malam ini, saya akan membentangkan perubahan jadual perjalanan program Ihya' Ramadhan , selain masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh kita untuk menjalankan program tersebut , serta cadangan guru-guru mengenai program itu. Penyertaan sahabat-sahabat untuk malam ni amatlah penting untuk memberi idea dan pandangan demi kelancaran program tersebut kelak.

Sekian. Maaf jika ada tersalah bahasa.
Wassalam~

Wednesday, July 29, 2009

Buat teman-teman

Assalamualaikum. .

Terima kasih saya ucapkan kepada semua sahabat yang sudi membantu dengan menjadi sebahagian daripada ahli group ni. Diharapkan agar sahabat-sahabat sekalian telah menjadi ahli di yahoo group ini : (Sains_Shah_Pekan)dan telah menghantar maklumat diri seperti :


1) Nama Penuh
2) Batch -Ikut SPM (cth : SPM 05)
3) Contact Number
4) Email
5) Belajar di mana?
6) Komen

Sama ada ia dihantar kepada alamat email ini : Saudari Kamilah Rosely

( mail to: wakafabillahi_wakila@yahoo.com ) atau alamat email ini iaitu
( mail to: baiahgathering@ymail.com )

Objektif sebenar group ini di bina adalah sebagai salah satu inisiatif beberapa bekas pelajar untuk membantu pihak pendidik di SHAH untuk membentuk akhlak dan sahsiah pelajar-pelajar SHAH PEKAN untuk menjadi lebih baik. Namun begitu, apa-apa sahaja cadangan atau pun idea daripada sahabat- sahabat sekalian amatlah di alu-alukan. Idea-idea tersebut termasuklah dalam bentuk program-program yang boleh kita anjurkan dan aktiviti untuk ahli group ini pada masa hadapan. InsyaAllah.

Pasti sahabat- sahabat sudah sedia maklum akan masalah-masalah yang telah mahupun sedang berlaku di sekolah sekarang seperti salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi. Sehubungan itu, amatlah besar dan penting peranan kita dalam membantu para pendidik di SHAH untuk membentuk akhlak dan sahsiah pelajar-pelajar SHAH PEKAN untuk menjadi lebih baik.

Antara program yang telah dirancang adalah seperti :

1.) Ihya' ramadhan
2.) Perjumpaan sesama kita untuk membincangkan committee dan aktiviti-aktiviti yang sesuai yang boleh dianjurkan selain berkenalan sesama ahli yang sememangnya pada hemat saya masih kurang mengenali antara satu sama lain
3.) Membuat blog untuk group ini
5.) Menyediakan panduan untuk program motivasi di sekolah
6.) Aktiviti-aktiviti di sekolah
7.) Poster-poster untuk mengajak sahabat2 yang lain untuk TURUT MENTERTAI GROUP INI

Untuk pengetahuan semua, group ini masih tidak mempunyai committee yang khusus. Dan saya sendiri sekadar ikhlas untuk membantu. Insya'Allah, kita akan mengadakan perjumpaan dalam masa yang terdekat ini. Dan saya ingin
mengundang semua Alumni yang ingin membantu terutama Exco BAIAH yang terdahulu untuk menyertai group ini.Di harap sahabat-sahabat sekalian dapat mengajak rakan-rakan yang terdekat untuk turut serta memantapkan jentera ini.

IHYA' RAMADHAN merupakan aktiviti sulung yang sedang dirancang buat masa ini. Insya'allah saya dan sahabat saya akan pergi ke sekolah pada hari Sabtu ini (1hb Ogos 2009) untuk membincangkan program yang sesuai dan tarikh yang sesuai bersama para pendidik SHAH. Memandangkan group ini masih baru, aktiviti sulung ini mungkin akan dibuat secara sederhana. SAYA AMATLAH MEMERLUKAN IDEA-IDEA PROGRAM YANG SESUAI UNTUK KITA ANJURKAN SEBELUM JUMAAT INI, memandangkan saya akan pergi ke sekolah dalam masa yang terdekat untuk berbincang dengan ustaz dan ustazah dan program yang sesuai akan di masukkan dalam proposal sekolah.

BLOG: SAYA MEMERLUKAN bantuan sahabat-sahabat saya yang arif dalam bidang berblog utk mencipta blog atau laman web yang sesuai untuk group ini agar senang menjadi rujukan kepada semua. Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa dan sudi untuk membantu, sila hantarkan nama ke
email ini :
( mail to: baiahgathering@ymail.com )

POSTER : Saya juga ingin meminta bantuan sahabat-sahabat saya untuk membantu mencipta poster untuk menarik perhatian kawan kita yang masih belum mengetahui akan kewujudan group ini. Bersama-sama ini, saya ada sertakan contoh yang tidak
seberapa. Tapisebagai permulaan, saya ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk membantu mempromosikan ia melalui blog masing-masing atau apa jua cara sekalipun yang tidak menyusahkan sahabat-sahabat sekalian.


SEKALI LAGI saya ingin mengalu-alukan sebarang bantuan dan cadangan daripada sahabat-sahabat sekalian.


Asiffun Jiddan jika ada tersalah kata..


"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya
dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka
seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh."
(Surah As-Saff,Ayat 2-4)

Wassalam.

"Akur, diri ini penuh dengan kelemahan"
Ya Allah, bantulah kami.. aminn.


Contoh poster yang telah di buat