Assalamualaikum. . Contoh poster yang telah di buat
Terima kasih saya ucapkan kepada semua sahabat yang sudi membantu dengan menjadi sebahagian daripada ahli group ni. Diharapkan agar sahabat-sahabat sekalian telah menjadi ahli di yahoo group ini :
1) Nama Penuh
2) Batch -Ikut SPM (cth : SPM 05)
3) Contact Number
4) Email
5) Belajar di mana?
6) Komen
Sama ada ia dihantar kepada alamat email ini : Saudari Kamilah Rosely
Objektif sebenar group ini di bina adalah sebagai salah satu inisiatif beberapa bekas pelajar untuk membantu pihak pendidik di SHAH untuk membentuk akhlak dan sahsiah pelajar-pelajar SHAH PEKAN untuk menjadi lebih baik. Namun begitu, apa-apa sahaja cadangan atau pun idea daripada sahabat- sahabat sekalian amatlah di alu-alukan. Idea-idea tersebut termasuklah dalam bentuk program-program yang boleh kita anjurkan dan aktiviti untuk ahli group ini pada masa hadapan. InsyaAllah.
Pasti sahabat- sahabat sudah sedia maklum akan masalah-masalah yang telah mahupun sedang berlaku di sekolah sekarang seperti salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi. Sehubungan itu, amatlah besar dan penting peranan kita dalam membantu para pendidik di SHAH untuk membentuk akhlak dan sahsiah pelajar-pelajar SHAH PEKAN untuk menjadi lebih baik.
1.) Ihya' ramadhan
2.) Perjumpaan sesama kita untuk membincangkan committee dan aktiviti-aktiviti yang sesuai yang boleh dianjurkan selain berkenalan sesama ahli yang sememangnya pada hemat saya masih kurang mengenali antara satu sama lain
3.) Membuat blog untuk group ini
5.) Menyediakan panduan untuk program motivasi di sekolah
6.) Aktiviti-aktiviti di sekolah
7.) Poster-poster untuk mengajak sahabat2 yang lain untuk TURUT MENTERTAI GROUP INI
Untuk pengetahuan semua, group ini masih tidak mempunyai committee yang khusus. Dan saya sendiri sekadar ikhlas untuk membantu. Insya'Allah, kita akan mengadakan perjumpaan dalam masa yang terdekat ini. Dan saya ingin mengundang semua Alumni yang ingin membantu terutama Exco BAIAH yang terdahulu untuk menyertai group ini.Di harap sahabat-sahabat sekalian dapat mengajak rakan-rakan yang terdekat untuk turut serta memantapkan jentera ini.
IHYA' RAMADHAN merupakan aktiviti sulung yang sedang dirancang buat masa ini. Insya'allah saya dan sahabat saya akan pergi ke sekolah pada hari Sabtu ini (1hb Ogos 2009) untuk membincangkan program yang sesuai dan tarikh yang sesuai bersama para pendidik SHAH. Memandangkan group ini masih baru, aktiviti sulung ini mungkin akan dibuat secara sederhana. SAYA AMATLAH MEMERLUKAN IDEA-IDEA PROGRAM YANG SESUAI UNTUK KITA ANJURKAN SEBELUM JUMAAT INI, memandangkan saya akan pergi ke sekolah dalam masa yang terdekat untuk berbincang dengan ustaz dan ustazah dan program yang sesuai akan di masukkan dalam proposal sekolah.
BLOG: SAYA MEMERLUKAN bantuan sahabat-sahabat saya yang arif dalam bidang berblog utk mencipta blog atau laman web yang sesuai untuk group ini agar senang menjadi rujukan kepada semua. Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa dan sudi untuk membantu, sila hantarkan nama ke email ini : ( mail to: baiahgathering@ymail.com )
POSTER : Saya juga ingin meminta bantuan sahabat-sahabat saya untuk membantu mencipta poster untuk menarik perhatian kawan kita yang masih belum mengetahui akan kewujudan group ini. Bersama-sama ini, saya ada sertakan contoh yang tidak seberapa. Tapisebagai permulaan, saya ingin meminta jasa baik sahabat-sahabat sekalian untuk membantu mempromosikan ia melalui blog masing-masing atau apa jua cara sekalipun yang tidak menyusahkan sahabat-sahabat sekalian.
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya
dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka
seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh."
(Surah As-Saff,Ayat 2-4)
"Akur, diri ini penuh dengan kelemahan"
Ya Allah, bantulah kami.. aminn.
Wednesday, July 29, 2009
Buat teman-teman
( mail to: wakafabillahi_wakila@yahoo.com ) atau alamat email ini iaitu
( mail to: baiahgathering@ymail.com )
Antara program yang telah dirancang adalah seperti :
SEKALI LAGI saya ingin mengalu-alukan sebarang bantuan dan cadangan daripada sahabat-sahabat sekalian.
Asiffun Jiddan jika ada tersalah kata..
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment